apa itu cinta ????
bagaimana patut bercinta ????
mengapa perlu mencari pasangan dgn ciri2 sedemikian ????
mengapa perlu bentuk diri sebelum bernikah ???
anak2 nanti, perlu diacu bagaimana ??? dan apa kaitannya dgn keadaan diri kita ???
apakah hubungan rumah tangga yang kita bina, dgn Islam dan Umat ???
persoalan yang sentiasa difikiran tetapi x mampu kita jawab dgn hanya bekalan ilmu yg sedikit ni.. coretan hari ini nak kongsi kan sedikit tentang cara kita fikir tentang cinta. cinta sebenar pada hakikat dan cinta yang difikirkan oleh manusia pada zaman sekarang. cinta pada syariat dan cinta yang mewarnai dunia sekarang.. apa perbezaannya???
saya bukan seorang yang pandai berkata2 pandai memberi nasihat , saya jugak masih belajar untuk memperbaiki diri sendiri..
sedar bermaksud, sebelum ini kita lena , lalai ataupun alpa. maka kita "tersedar". Terjaga. Mula sensitif dan peka. sebab itu, kesearan adalah penting. Namun apakah kita sedar ???
Ramai yang sekadar seronok dan teruja dalam menerjah cinta, pernikahan, dan rumah tangga. Sibuknya hanya dalam hubungan lelaki dan perempuan. Bagaimana cinta sebelum kahwin halal ataupun tidak ??? istikharah bagaimana ??? Bagaimana perhubungan antara tunang dgn tunang??? dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, tiada yang menyedari perkara ini hakikatnya lebih besar daripada semua itu.
Pembinaan Ummah !!!!
Apakah yang lebih besar daripadanya ????
mereka yang tidak menyedari, dia akan menyibukkan diri dgn perkara2 kecil. Bagi mereka yang menyedari, dia akan menyibukkan diri dgn perkara2 yang besar.
Bagaimana 'cinta' itu dilihat oleh masyarakat zaman sekarang ????
COUPLE
Cinta mesti dikaitkan dgn couple atau berpasangan bebas antara lelaki dan perempuan seolah - olah berpasangan bebas ini mengiringi lafaz tersebut.
ini sehinggakan manusia menjadi skeptik dgn cinta
"Hish, kau jgn gatal sgt. Anak org tu. Jangan rosakkan"
sbb dlm mindanya, terbayang couple itu bebas tidak punya batas.
ahli agama akan kata
" Cinta sebelum nikah, HARAM"
hal ini kerana dalam benaknya, sudah mempunyai satu kira2 di mana cinta itu mesti dalamnya akan ada couple.
Ya. Begitu stereotaip rata2 manusia mengenai cinta akan tetapi tidak boleh salahkan golongan seperti ini kerana memang begitu cinta mewarnai dunia ini.
CINTA ISLAMIK
Terlalu islamik juga boleh menyebabkan timbul kepercayaan yang pelik2.
" Saya menanti dia yang sudah tetulis untuk saya di Loh Mahfuz "
Ya. ayat ini islamik tapi jika dilihat balik ini tidak diajar oleh agama.
Pertama. Kita tidak tahu siapa jodoh kita. Jadi bagaimana mahu menanti??? sedangkan yang sudah berkahwin pun bercerai, yang berkahwin pun mati, yang hidup pun kahwin lain. Oleh itu, perkara ini terlalu besar utk yakin seseorang itu adalah 'jodoh saya' . Daripada mana kita tahu ' Dia itu jodoh saya ' ???? Ya. jodoh mmg urusan Allah.
Kedua. Bagaimana 'menanti' ini boleh dijustifikasikan sedangkan Allah sendiri memberi isyarat supaya kita 'memilih'???
sebelum mereka beriman (memeluk islam), dan sesungguhnya hamba lelaki beriman lebih baik daripada lelaki kafir musyrik sekalip" Dan jangan kamu berkahwin dengan perempuan2 kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk islam), dan sesungguhnya hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik minat kamu. Dan jangan kamu (kahwinkan perempuan2 Islam) dgn lelaki2 kafir musyrik un keadaanya menarik hati kamu. " [al-baqarah : 221]
sekiranya semua sudah tertulis di Loh Mahfuz sana, mengapa mesti ada arahan untuk kita pilih antara yang musyrik dan yang beriman ??? mungkin kita boleh nyatakan sudah tertulis di Loh Mahfiz. Namun, kita tahukah siapa??? tidakkah kita mengetahui Allah sendiri mengarahkan manusia supaya berusaha ??? dalam bab makan, kita tahu mana nak cari. Dalam bab kejayaan peperiksaan, kita tahu kita mesti belajar. Mengapa bab jodoh, kita mahu berdiam diri ????
Akhirnya, golongan ini yang menyebabkan cinta menjadi terlalu sempit. Itu tidak boleh. Ini tidak boleh. Kononya mahu 'menjaga', sehinggakan urusan kahwin menjadi susah.
Ya. Ideologi "terlalu islamik" ini nyata tidak berpijak pada dunia nyata.
Cinta mampu dikawal, sekiranya diajar definisi yang sebenarnya. sedangkan cinta itu fitrah, Bukan boleh dibuang begitu sahaja.
Cinta bukan kerana wajah. Cinta bukan kerana harta. Cinta bukan kerana dunia. Cinta ini mesti dibawa ke syurga-Nya. Cinta ini mestilah memberi manfaat kepada agama-Nya.
Sedikit sebanyak yg mampu saya kongsikan.. Semua di atas ini bukan hasil nukilan saya.. dipetik dari buku yang banyak membuka mata hati saya.. sangat bagus dibaca oleh golongan remaja golongan muda seperti saya dan rakan2 yang masih mencari erti hidup erti cinta sebenar.. ya x tipu saya juga ingin bercinta tp dlm hati kecil yang goyah ini menginginkan cinta hakiki... cinta yg sebenar.. cinta yang membawa ke syurgaNya..
penulis buku ni sangat hebat dan sanga feymes rasanya.. buku dia juga mura sahaj. x mahal.. utk cari ilmu apa salahnya kita berkorban duit.. ya tak???
pasti kenal kan??? sangat recommend baca...
sampai sini saja coretan insan lemah ini.. akan kembali lagi
Inshaa Allah